KITAB HINDU MENJAWAB DAN MENERANGKAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
Gambaran Kalki Avtar yang berpedang dan menaiki seekor kuda yang
ditunggu-tunggu oleh umat hindu. Ia dipahat pada batu dan dijumpai pada
kurun ke 18 di Radhanagar, Tripura, India.
Jika umat
Islam mempercayai ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW di dalam Kitab
Taurat & Injil, bagaimana pula dengan kitab suci Umat Hindu?
Mungkinkah kedatangan Nabi Muhammad SAW juga sudah diramalkan oleh kitab
suci Umat Hindu? Itulah yang akan kita bahaskan di sini.
Di Antara Firman² Allah SWT Di Dalam Al~Quran:
Dalam surah Asy-Syu’ara (26) ayat 196:
“Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) di dalam kitab-kitab orang² yang terdahulu”.
~Maka di dalam kitab² sebelum Al-Qur’an juga telah terdapat wahyu² daripada Tuhan (Allah SWT) sepertimana Taurat & Injil.
Dalam surah Fatir (35) ayat 24:
~ Dinyatakan bahawa tiada satu kaum pun pada masa dahulu yang berlalu
tanpa diberikan seorang pemberi peringatan tentang perintah dan larangan
Tuhan (Allah SWT).
Dalam surat Al-Ahzab (33) ayat 40:
~
Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan Utusan Tuhan dan
juga merupakan penutup kepada semua para nabi (Utusan Terakhir)
Dalam surat Al-Anbiya (21) ayat 107:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah diutuskan melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam semesta.
Dalam surat Saba’ (34) ayat 28:
~ Dinyatakan bahawa Tuhan telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk
seluruh umat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan
tentang dosa, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Juga yang terdapat di dalam hadis Bukhari vol 1. Di dalam kitab Solat
bab 56, hadis no.429, yang bermaksud Nabi Muhammad telah bersabda:
“Kesemua rasul yang telah diutuskan sebelumku hanya
dipertanggungjawabkan untuk umat/bangsanya sahaja tetapi aku telah
diutuskan untuk kesemua umat manusia”.
Sekarang kita akan melihat
pula ke dalam kitab suci agama Hindu. Terdapat banyak kitab di dalam
ajaran Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Daripada kesemua
kitab tersebut, kitab yang dianggap paling suci sekali adalah kitab yang
bernama Kitab Veda (Weda). Apabila di antara kitab² tersebut terdapat
percanggahan pendapat berkaitan sesuatu isu, maka pendapat yang harus
menjadi rujukan utama pada ajaran Hindu adalah Kitab Veda (Weda) yang
juga masih terbahagi lagi kepada beberapa jenis kitab. Kitab² lain
selain Kitab Veda (Weda) adalah seperti Upanishad, Smriti, Dharma
Sastra, Bhagavat Gita, Puranas dan lain-lain.
Ayat² Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad SAW Di Dalam Kitab² Agama Hindu
Disebutkan di dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:
“Aryadarma akan datang ke muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan
memimpin dunia. Aku telah diutuskan oleh Isyparmatma. Dan para pengikut
aku adalah orang² yang berada di dalam lingkungan itu, yang kepalanya
tidak dikucirkan (tidak ditocangkan). Mereka akan memelihara janggut dan
akan mendengar wahyu. Mereka akan mendengar panggilan solat (azan).
Mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi. Mereka tidak akan
disucikan dengan tanaman semak²/umbi-umbian tetapi mereka akan suci di
medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
Jikalau anda membaca tulisan di atas dengan baik, maka anda akan
mendapati bahawa kesemua ciri² daripada pengikut 'agama kebenaran' yang
disebutkan di atas adalah ciri² yang umumnya terdapat pada umat Islam
(muslim).
Di dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14:
~ Dinyatakan pula tentang Kuntupsuktas yang telah mengisyaratkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan terungkap dikemudiannya.
Mantra 1 mengatakan:
Beliau akan digelarkan sebagai Narasangsa. “Nars” membawa maksud orang,
“sangsa” membawa maksud “yang terpuji”. Maka Narasangsa bermaksud
"orang yang terpuji". Istilah “Muhammad” di dalam bahasa arab juga
membawa bermaksud "orang yang terpuji". Maka istilah Narasangsa di dalam
bahasa Sansekerta adalah sangat mirip dengan istilah Muhammad di dalam
bahasa arab yang juga membawa maksud "orang yang terpuji". Oleh yang
demikian, ini telah memberikan sebuah gambaran bahawa kemungkinan besar
Narasangsa juga adalah tokoh yang sama dengan seorang manusia hebat di
Tanah Arab iaitu Nabi Muhammad SAW. Dan berdasarkan kajian ini,
sememangnya Narasangsa itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Beliau
akan dipanggil sebagai “Kaurama" yang boleh membawa maksud pangeran
kedamaian, dan juga boleh memberi maksud orang yang berpindah (hijrah).
Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang telah berhijrah
dari Makkah ke Madinah.
Beliau akan dilindungi daripada musuh
yang akan dikalahkannya yang kesemua musuhnya itu berjumlah 60,090
orang. Jumlah itu adalah bersamaan dengan jumlah penduduk Makkah pada
masa Nabi Muhammad SAW hidup iaitu sekitar 60,000 orang.
Mantra 2 mengatakan:
Beliau adalah orang suci yang menaiki unta. Ini membawa maksud beliau
bukanlah seorang bangsawan India kerana dinyatakan di dalam Mansuriti
(11):202 bahawa Brahma tidak menaiki unta ataupun keldai. Maka tokoh ini
jelas bukanlah daripada golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu) tetapi
beliau adalah orang yang asing daripada bangsawan India.
Mantra 3 mengatakan:
Beliau adalah “Mama Rishi” atau "orang suci yang agung". Ini bersepadanan dengan nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.
Mantra 4 mengatakan:
Beliau adalah Washwereda (Rebb) iaitu "orang yang terpuji". Nabi
Muhammad SAW juga telah dipanggil dengan nama Ahmad yang membawa maksud
“orang yang terpuji” yang seandainya diterjemahkan ke dalam bahasa
Sansekerta, ia akan membawa makna Rebb (orang yag terpuji).
Dalam Beberapa Ramalan Lainnya :
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:6;
~ Dinyatakan bahawa di sana ia disebutkan dengan istilah;“akkaru" yang
bermaksud “yang mendapat pujian”. Beliau akan mengalahkan 10,000 musuh
tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada Perang Ahzab yang mana
Nabi Muhammad SAW telah mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang
tanpa pertumpahan darah.
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:7;
~ Dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 orang ketua. Abandu juga
membawa maksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian.
Sesungguhnya hal ini juga telah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang
juga merupakan seorang anak yatim semenjak dilahirkan dan ditambah pula
dengan maksud istilah Muhammad/Ahmad yang membawa maksud "terpuji", yang
akan mengalahkan ketua² suku kaum daripada suku² kaum yang terdapat di
sekitar Makkah yang kesemuanya berjumlah sekitar 20 suku kaum.
Di dalam Rigveda book 1 Hymn 53:9;
~ Nabi dipanggil dengan gelaran “Suslama” yang juga membawa maksud
"orang yang terpuji"yang juga telah memberikan maksud yang seerti dengan
kata nama "Muhammad" daripada bahasa arab iaitu "orang yang terpuji".
Di dalam Samaveda Agni Mantra 64;
~ Dinyatakan bahawa beliau tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama
kisahnya dengaan sirah (sejarah) hidup Nabi Muhammad SAW yang tidak
disusui oleh ibunya tetapi sebaliknya telah disusui oleh seorang wanita
yang bernama Halimatul Saadiah.
Di dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500:
~ Dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugerahi dengan sebuah undang² abadi
yang jelas merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang telah dianugerahi
dengan sebuah kitab suci Al-Qur’an dengan segala undang² yang termaktub
di dalam Al-Quran akan diguna pakai sehingga menjelangnya Hari Kiamat.
Namun disebabkan orang India yang berbahasa sansekerta tidak memahami
istilah "Ahmad", maka mereka telah menterjemahkan “a” dan "mahdi” kepada
maksud“saya sendiri” yang sekaligus telah mengubah maksud ayat tersebut
menjadi “saya sendiri yang akan menerima undang² abadi”. Padahal
seharusnya maksud ayat terbabit ialah “Muhammad sendiri yang akan
dianugreahi undang² abadi”.
Nabi Muhammad SAW telah diramalkan
dengan nama Ahmad pada banyak bahagian di dalam Kitab Veda (Weda). Nabi
Muhammad SAW juga telah diramalkan tidak kurang daripada 16 tempat yang
berbeza di dalam Kitab Veda (Weda) dengan istilah nama Narasangsa yang
maksudnya adalah sama dengan maksud istilah nama Muhammad di dalam
bahasa arab iaitu “yang terpuji”.
Kalky Avtar
Salah
satu ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang sangat terkenal yang juga
telah membuatkan seorang professor bahasa dari Universiti ALAHABAD
India telah mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam adalah
kerana terdapatnya sebuah ramalan penting di dalam kitab suci agama
Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu daripada seorang Kalky
Avtar (baca : autar). “av” membawa maksud "turun". “tar” membawa maksud
"melewati". Maka maksud istilah "Avtar" adalah “diturunkan atau
diutuskan untuk turun” . Sementara maksud KalkyAvtar adalah “Utusan
Terakhir”.
Pundit Vaid Parkash iaitu seorang professor (yang
menulis sebuah buku yang berjudul “Kalky Avtar”) secara terbuka dan
dengan alasan-alasan ilmiahnya telah mengajak kesemua para penganut
agama Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani
risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW kerana menurutnya, Nabi
Muhammad SAW adalah tokoh yang dinanti-nantikan sebagai tokoh
pembaharuan spiritual di dalam agama Hindu selama ini.
Dinyatakan di dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad SAW diramalkan
kedatangannya dengan namaKalky Avtar (Utusan terakhir) dan "Amtim
Rishi". Sedangkan di dalam Kitab Puranasdisebutkan tentang Kalky Avtar
dan perihal kedatangannya.
Diantara ayat² yang menyebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah:
Di dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20:
~Dinyatakan di dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang
diramalkan akan menjadi penguasa dunia yang sangat terkenal dengan
sifat²nya yang baik & menonjol. Beliau akan diberikan tanda²nya.
Beliau akan diberikan oleh malaikat sebuah kenderaan yang sangat pantas
pergerakkannya. Beliau akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang.
Beliau akan mengalahkan orang² jahat dan beliau akan terkenal di seluruh
pelusuk dunia.
Di dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25:
~ Dinyatakan akan datangnya seorang penyelamat di rumah Visnuyash
Di dalam Kalki Purana (2) : 4;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash, pemimpin kampung Sambala akan lahirnya Kalki Avtar.
Di dalam Kalki Purana (2) : 5;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) untuk mengalahkan orang² jahat
Di dalam Kalki Purana (2) : 7;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dijaga oleh malaikat di medan perang
Di dalam Kalki Purana (2) : 11;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash dan di dalam rumah Summati, Kalki Autar akan dilahirkan
Di dalam Kalki Purana (2) : 15;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dilahirkan pada tanggal 12 bulan pertama Madhop
Sesungguhnya kesemua ramalan yang disebutkan di atas tadi tiada lain
melainkan merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bagi Umat
Islam. Penjelasannya adalah sepertimana di bawah:
Di dalam
rumah Visnuyash telah membawa maksud di dalam "rumah pengikut Vishnu
(pengikut Tuhan)" sedangkan ayah Nabi Muhammad SAW adalah bernama
Abdullah yang bermaksud "pengikut Allah (pengikut Tuhan)". Orang Islam
menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedangkan orang Hindu menyebut “Vishnu”
sebagai Tuhan. Maka di dalam rumah Visnuyash adalah membawa maksud di
dalam rumah Abdullah iaitu ayah Nabi Muhammad SAW.
Summati pula
di dalam bahasa sansekerta bermaksud "orang yang sangat setia".
Sedangkan ibu Nabi Muhammad SAW adalah bernama Aminah yang jika
diterjermahkan daripada bahasa arabnya akan membawa bermaksud "orang
yang setia".
Sambala di dalam bahasa arabnya adalah tempat yang
aman & damai. Sementara Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di
Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” iaitu tempat yang aman
& damai. Akan lahirnya di antara ketua² suku Sambala : bermaksud
bahawa nabi akan dilahirkan di antara ketua² suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada tanggal 12 Rabiulawwal.
Sebagai Amtim Rishi (orang suci terakhir). Nabi Muhammad SAW adalah
juga nabi terakhir daripada deretan nabi² yang dikirimkan Tuhan
sepertimana yang tercatat di dalam QS. Al- Ahzab : 40.
Beliau
akan memperolehi bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah
utara. Nabi Muhammad SAW memperolehi wahyu pertamanya di Gua Hira di
Jabal Nur. Jabal Nur bermaksud Gunung Cahaya kemudian akan kembali
semula ke Makkah.
Beliau akan memiliki sifat² yang sangat
mulia. Ia jelas sama sepertimana sifat² Nabi Muhammad SAW sebagimana
yang telah terkadung di dalam QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu
benar-benar seorang yang berbudi pekerti yang luhur”.
Kalki
Avtar akan diberikan 8 kemampuan spiritual iaitu kebijaksanaan, punyai
kendali diri (kemampuan mengawal hawa nafsu), keturunan yang dihormati,
mempunyai pengetahuan tentang wahyu, seorang yang berani, perkataannya
menumpukan pada kurikulum, sangat dermawan dan sangat ramah. Kesemua
sifat² yang dinyatakan dimiliki oleh Kalki Avtar itu juga telah
dibuktikan dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.
Kalki Avtar jug
akan diberikan sebuah kenderaan yang sangat pantas bergerak oleh Shiva.
Nabi Muhammad SAW juga telah diberikan sebuah kenderaan yang bernama
bouraq yang sangat pantas bergerak oleh Allah SWT yang telah membawa
Nabi Muhammad SAW ke langit di dalam peristiwa Israj Dan Mikraj.
Beliau akan menaiki kuda putih dengan tangan kanannya sedang memegang
pedang. Nabi Muhammad SAW juga telah mengambil bahagian didalam
peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang
pedang melalui tangan kanannya.
Beliau akan menjadi penyelamat
umat manusia. Di dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28
ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembawa berita
gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahuinya.
Beliau akan menjadi pembimbing ke
jalan yg benar. Nabi Muhammad SAW telah hidup pada zaman jahiliyah yang
penuh dengan kegelapan dimana Nabi Muhammad SAW kembali membawa umatnya
ke jalan yang terang benderang melalui agama Islam yang diperintahkan
Tuhan (Allah SWT).
Beliau akan dibantu oleh 4 orang sahabat di
dalam menyebarkan misinya. Sepertimana yang telah kita umat Islam
ketahui, terdapat 4 orang khalifah yang diberikan gelaran ''Khulafa
Ar-Rashidin ''yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu :
Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi
Thalib.
Beliau akan dibantu oleh malaikat di medan pertempuran.
Di dalam perang Badr, Nabi Muhammad SAW telah dibantu oleh para
malaikat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam QS. Ali Imran
(3) ayat 123 & 125 :
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa kemudian
mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga nescaya Allah SWT akan
menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”.
Juga yang terdapat di dalam surah QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi:
“…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
Subhanallah, ternyata setelah sekian banyak ayat tersebut (yang
sebenarnya belum kesemuanya pun ditampilkan di dalam artikel ini) yang
meramalkan kedatangan seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu
yang begitu sepadan dengan gambaran kisah hidup Nabi Muhammad SAW iaitu
nabi terakhir bagi umat Islam.
Ini juga merupakan pembuktian
yang telah diberikan oleh Allah SWT bagi umat manusia termasuk bagi
masyarakat India, Cina, Nasrani (Kristian), Yahudi dan lain² bagi
menunjukkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah sememangnya telah
diutuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia di alam semesta ini
No comments:
Post a Comment