SEJARAH KAUM TUA DAN KAUM MUDA
1.0 PENGENALAN
Di
dunia tanah melayu sememangnya wujud beberapa firqah yang timbul hasil
perbezaan fahaman (i'tiqad). Firqah-firqah ini berdiri atas dasar
pembawaan masing-masing yang diperjuangkan. Sehingga timbul impak yang
besar kepada masyarakat melayu seperti perpecahan antara masyarakat,
perbalahan, tidak ada kesatuan dalam masyarakat. Antara contoh-contoh
firqah kaum tua, kaum muda, anti hadith, Arqam dan Tabligh.
Fokus
pada kertas ini adalah polimik kaum tua dan kaum muda di tanah melayu.
Realiti kewujudan firqah ini memang tidak dinafikan oleh sejarah melayu
kerana kemashuran pertelingkahan yang berlaku di antara tokoh-tokoh yang
besar mewakili dari firqah tersebut. Kebanyakan penemuan punca
perbezaan ideologi yang di bawa oleh firqah-firqah tersebut berkisar
tentang perkara khilafiyah dan serba sedikit persoalan aqidah.
Kertas
kerja ini menceritakan pertembungan antara kaumtua dan muda secara
umum, tokoh-tokoh yang mewakili firqah tersebut, midium dakwah mereka
dan kesan-kesannya serta cadangan dari penulis di atas pertelingkahan
antara dua puak ini khasnya berkisar tentang khilafiyah.
2.0 DEFINISI
2.1 DEFINISI KAUM TUA
Secara
umumnya, kaum tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama tradisional
yang berpegang kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama.
Sesuai dengan pengertian konservatif, ulama-ulama ini sebagaimana
biasanya cuma melihat sejarah atau masa lampau sebagai sumber inspirasi
atau sesuatu yang harus dipertahankan. Di dalam banyak perkara, mereka
lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama
bertapak di dalam masyarakat.
Justeru itu, pendokong kaum tua ini dilihat seringkali bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Golongan tradisionalis ini seringkali menganggap bahawa kemunduran umat Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu, serta memutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syatian dari Barat. Mereka lebih selesa untuk mengurung Islam dalam satu benteng tanpa jendela dan pintu keluar, tanpa ruangan terbuka ke arah langit, serta mempertahankan seluruh tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dari pelbagi pengaruh yang lain (al-Mandili,1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 32).
Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan memberikan pengertian kaum tua sebagai :
"..ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudahpun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan.."
"..ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudahpun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan.."
Kaum
Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab
Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya
kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan
cara taqlid sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah,
selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak
punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil
bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya
individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil
tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada
satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang
pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak
'alim (al-Mandili,1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 47).
2.2 DEFINISI KAUM MUDA
Sebenarnya
Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional
(ulama-ulama Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah
Melayu, Pulau Sumatra dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh kerana
ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa sesuatu ciri yang baru di dalam
ajaran agama.
Kaum
Muda yang di namakan juga 'salafi', 'tajdid', 'sunnah' atau dicop juga
sebagai 'wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih
'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan
penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan
Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan
taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat
baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta
memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh
menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW (Nik
Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 137).
3.0 SEJARAH KAUM TUA DAN KAUM MUDA
3.1 SEJARAH KAUM TUA
Permulaan
kedatangan pengaruh asia barat terhadap alam melayu boleh dikatakan
bermula dengan kepulangan mahasiswa melayu dari Makkah. Hasil dari
kesinambungan tersebut maka lahirlah sebuah institusi pendidikan iaitu
institusi pondok yang memberikan sumbangan terbesar dalam mempamerkan
imej dan pengaruh asia barat di bumi melayu. Antara pondok-pondok yang
cukup terkenal ialah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di
Pattani. Pondok-pondok tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan penuntut
tempatan, malahan juga penuntut dari luar negeri terutamanya dari
kepulauan Nusantara seperti Sri Lanka, Burma, Kemboja, Vietnam, Tanah
Melayu, Filipina dan Indonesia. Manakala ulama-ulama Pattani yang
terkenal dan banyak menulis kitab agama dalam bahasa melayu ataupun
bahasa arab ialah seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh
Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni. Mereka bukan
sahaja mengajar di rantau ini malahan berkesempatan mengajar di Masjid
al-Haram, Makkah. Sistem dan kaedah yang diterapkan di dalam institusi
ini ada persamaan dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam
kaedah pembelajaran di Masjid al-Haram. Perkara ini terus berkembang
hingga sampai ke Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru
sebaik sahaja idea pembaharuan (islah) dari asia barat terutamnya Mesir
mulai meluas di kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Setelah itu,
lahirlah sistem madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal dari
sistem pondok (Mahfuz Muhammad, 10 september 2008, www.
Al-subki.blogspot.com)
Jika
ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah
mencatatkan bahawa bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum
abad ke-12 Masehi lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan dinar di Kota
Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan. Manakala dari sudut mazhab, jelas
bahawa umat Islam di Kelantan sejak dari dahulu lagi berpegang teguh
kepada mazhab Syafi'e, bacaan al-Quran menurut riwayat Hafiz dan bunyi
sebutan yang tidak ada beza dengan sebutan lidah Arab. Oleh yang
demikian, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa umat Islam di Kelantan
lebih dahulu menerima aliran pemikiran kaum Tua sebelum timbulnya
polemik dengan kaum Muda (Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, 10 september
2008,
http://www.e-ppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=630&Itemid=127).
Di antara ulama-ulama yang kuat berpegang kuat dengan aliran kaum tua ketika awal perkembangan pendidikan Islam di Kelantan ialah :
Di antara ulama-ulama yang kuat berpegang kuat dengan aliran kaum tua ketika awal perkembangan pendidikan Islam di Kelantan ialah :
i.Haji Noh Penambang
ii.Haji Yaakub Legor (1892-1971)
iii.Haji Mahmud\zuhdi
iv.Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani(1880-1952)
(Ahmad Fadhli bin Shaari, 10 september 2008, http://yapis.blogspot.com/2006/11/polemik-tafsir-di-antara-kaum-tua-dan.html).
Akhir
sekali, tinbulnya dari kaum tua nama-nama Ulama yang tidak asing bagi
kita semua seperti Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu
Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Saiyid Alwi bin
Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain lagi.
Di
samping nama-nama yang disenaraikan di atas, masih terdapat ramai lagi
ulama-ulama yang lain yang berdiri sebaris dengan kaum tua dalam
mempertahankan amalan-amalan keagamaan tradisi yang telah diwarisi zaman
berzaman. Keterbatasan kemampuan penulis menjadi halangan untuk
menyenaraikan semua nama-nama mereka.
3.2 SEJARAH RINGKAS KAUM MUDA
Dari
sudut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada
abad ke-17 dan 18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul
Wahhab (1703-1787) (Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm.
537). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh
sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yang
disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and
greatest Muslim reformer" (Zamihan al-Ghari, 2007, Ulama-ulama Wahhabi
"Satu Penjelasan", Hlm. 5).
Perkembangan
aliran reformis di peringkat dunia diwarnai dengan kemunculan beberapa
orang tokoh yang dianggap sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah
Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M)
dan Rasyid Redha (1865M-1935M). Pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya
mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di Tumur Tengah
pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Dalam konteks Tanah Melayu,
gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya
merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir
yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh
yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir
Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh
al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka
ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip
majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari
mereka, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za'ba sendri
merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda
ini (Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 137).
Walaubagaimana
pun, perjuangan mereka tetap diteruskan dan antara hasilnya ialah
tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 1934
oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan asia
barat. Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan
yang diperjuangkan oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi
kepada gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan
menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan
Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan
Melayu Muda (KMM). Antara lain yang menarik ialah penubuhan Hizbul
Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan ancaman dan kesan
terhadap penjajah ketika itu dan mereka disifatkan oleh Dato Onn Jaafar
sebagai bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya
untuk memerdekakan Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan
sebuah negara Islam yang merdeka. Pertubuhan ini hanya bertahan selama
lebih kurang setengah tahun sahaja selepas diharamkan oleh kerajaan pada
ketika itu (Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, 10 september
2008,http://www.eppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=630&Itemid=127).
Adapun
pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemunculan majalah
al-Imam yang dipelopori oleh
Syeikh Tahir Jalaluddin dan rakan-rakannya. Bagaimanapun
penulis membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut
Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak
kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari
Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid.
Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi
khususnya apabila menyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian,
beliau dilihat melembutkan pendekatannya walaupun sebenarnya terus
mengekalkan fahaman Kaum Muda. Juga perlu disebutkan peranan seorang
tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan idealisme
Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh, seorang ulama
yang bukan sahaja memiliki perpustakaan peribadi yang paling besar di
negeri Kelantan, bahkan beliau telah mengarang dan menterjemah lebih
daripada 100 buah kitab yang berunsur reformisme.
3.3 SEJARAH PERTEMBUNGAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA
Gugatan yang berlaku ke atas penganut Mazhab Shafi'i (KAUM TUA) melalui 3 gelombang;
Gelombang
pertama berlaku pada tahun 20-an dan 30-an pada masa itu gerakan kaum
muda cuba mengemukakan idea-idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia
ada dalam masyarakat Melayu yang berpegang kepada Mazhab Shafi'i.
Perkara yang ditimbulkan oleh golongan kaum muda ini menyentuh tentang
peranan akal dalam memahami hukum, persoalan-persoalan hukum ikhtilaf
dan tentang bid'ah. Gelombang pertama berlakunya gugatan terhadap aliran
mazhab Shafi'i ialah pada awal abad ke-20 di mana beberapa orang
pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Mesir dan India telah
terpengaruh dengan pemikiran gerakan Islah di sana (Abdul Halim
El-Muhammady, 2008,
http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html)
Hijaz
ketika itu dipengaruhi oleh pemikiran Muhammad Abdul Wahab yang
mendokong idea Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah yang
kedua-duanya beraliran Mazhab Hanbali dalam fiqh. Manakala gerakan Islah
di Mesir pula dipelopori oleh Muhd Abduh dan Rashid Rida yang beraliran
Mazhab Hanafi (Dahlan, 2008, Fitnah Wahhabi, Hlm. 81).
Gerakan
Islah ini cuba menimbulkan kembali idea ijtihad untuk menyelesai
keperluan hukum supaya kembali kepada sumber asal al-Qur'an dan Sunnah.
Dengan seruan kepada ijtihad menolak taqlid yang diamalkan dalam
masyarakat (Hashim Ismail, T.th, Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di
Malaysia, Hlm. 37).
Sungguhpun
tokoh-tokoh ini menyeru kepada ijtihad, tetapi dalam amalan di
negara-negara mereka bergerak masih tidak terkeluar dari metod fiqh yang
mereka warisi di Hijaz ketika Muhammad Abdul Wahab menguasai Hijaz,
Mazhab Hanbali diterimapakai di sana di peringkat pemerintah dan awam
sehingga ke hari ini. juga keadaan di Mesir yang telah dipengaruhi metod
Hanafi dalam amalan fiqhnya. Abduh dilantik sebagai Mufti Mesir dari
1899-1905 sebagai sumber rujukan fatwa yang majoriti bermazhab Hanafi.
Ini bererti segala masalah yang timbul jika terdapat peruntukan dalam
undang-undang yang digubal, maka itu yang akan diterimapakai. Jika
tidak, mereka akan berijtihad untuk mendapat penyelesaian masalah baru
melalui mazhab lain dan bukannya mereka mencairkan mazhab yang sedia
ada.
Aliran
pemikiran Islah telah dapat mempengaruhi beberapa orang pelajar
antaranya Sheikh Muhd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari yang berkesempatan
belajar di Mekah dan Qahirah yang terpengaruh dengan pemikiran Muhd
Abduh dan Rashid Ridha. Manakala pelajar-pelajar yang belajar di Mekah
dan di India ada yang terpengaruh dengan ajaran Sheikh Waliyullah
al-Dahlawi yang dibawa oleh Maulana Ubaidullah al-Sindhi seperti Haji
Nik Abdullah, Haji Nik Mahmud Haji Wan Musa, Hj. Abdul Rahman Haji Nik
Mahmud yang beraliran Islah.
Pemikiran
Islah ini juga dapat mempengaruhi golongan yang berpendidikan bukan
agama, yang membaca bahan-bahan aliran demikian dari Majalah Islamic
Review yang diterbitkan oleh Kamaluddin Khaja di Waking England dan
sumber-sumber lain (Abdul Halim El-Muhammady, 2008,
http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html).
Antara
mereka yang terpengaruh dengan pemikirannya ialah Za'aba, Kamaluddin
berasal dari India dan bermazhab Hanafi terpengaruh dengan gerakan yang
lahir di Lahore. Kemudian beliau berpindah ke England menjadikan pusat
kegiatannya di sana.
Mereka
yang terpengaruh dengan gerakan Islah di Saudi dan Mesir serta India
telah menyebar idea mereka kemudiannya di Malaysia. Sheikh Tahir yang
bergerak di kawasan utara Pantai Barat Malaysia telah dapat mempengaruhi
Sayyid Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim
al-Kalili, manakala aliran pemikiran Sheikh Waliyullah al-Dahlawi pula
tersebar di Kelantan dan Terengganu yang dibawa oleh Nik Abdullah, Hj.
Nik Mahmud dan Nik Abdul Rahman
(http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4).
Selain
itu, di negeri Perlis pula terdapat kecenderungan menolak Mazhab
Shafi'i dan taqlid seolah-olah dipengaruhi oleh pendapat Ibn Taimiyyah
(m.1283), dan pihak berkuasa agama di Perlis merujuk kepada autoriti
yang beraliran demikian seperti karya Syaukani Nail al-Awtar.
Kecenderungan tidak terikat kepada mazhab ini dapat dilihat dalam
peruntukan Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Negeri Perlis yang
memperuntukkan bahawa Undang-undang Islam di Negeri Perlis berasaskan
al-Qur'an dan Sunnah serta tidak mengikatnya dengan sebarang Mazhab
Fiqh. Sebenarnya aliran ini adalah daripada pengaruh kitab-kitab yang
ditulis oleh Hasan Bandung dari Indonesia yang dibawa oleh beberapa
orang yang berpengaruh ketika itu di Perlis seperti Wan Ahmad Wan Daud,
Hj. Ahmad b. Hj. Muhammad dan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim. Aliran ini
timbul dalam lingkungan tahun 20-an (1924-1925) dan pada tahun 1959
dimasukkan dalam Undang-undang Pentadbiran Majlis Agama Negeri Perlis
(al-Mandili, 1377 H, Sinar Matahari, Hlm. 32).
Gelombang
kedua berlaku antara tahun empat puluhan dan enam puluhan. Gelombang
kedua ini adalah sebagai menyambung usaha yang berlaku sebelumnya.
Penumpuan kebangkitan pada waktu ini lebih banyak menumpukan kepada
persoalan-persoalan khilafiyyah yang lebih khusus sehingga menimbulkan
perpecahan di kalangan masyarakat awam terutamanya dalam Parti Islam
Setanah Melayu ketika itu yang merasa tertekan dengan keadaan yang
berlaku. Timbulnya isu-isu khilafiyyah yang membawa perpecahan di
kalangan masyarakat ini menyebabkan satu ijtima' diadakan untuk membuat
satu keputusan dalam isu-isu yang dibangkitkan (Abdul Halim
El-Muhammady, 2008,
http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalam-pemikiran.html).
Akhirnya
mereka sepakat memutuskan bahawa persetujuan dicapai terhadap pendirian
ulama-ulama beraliran Mazhab Shafi'i dalam isu-isu yang dibangkitkan.
Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah seperti menyebut 'usolli' dalam
solat, talqin kematian, tahlil arwah dan sebagainya. Ahmad Fuad selaku
Yang dipertua PAS ketika itu terpaksa melakukan ijtima' khusus untuk
mendapat kata sepakat dalam memilih masalah khilafiyyah untuk diamalkan
di negara ini.
Persoalan
khilafiyat ini juga timbul perbincangannya di Kelantan dan Terengganu.
Bagi membendung pemikiran aliran baru dalam isu-isu khilafiyat ini, maka
Jawatankuasa Ulama' Majlis Ulama' Kelantan telah mengeluarkan sebuah
buku yang bertajuk Kitab al-Qawl al-Mufid Li ifadat al-Mustafid,
karangan Hj Muhammad bin Idris. Salah seorang anggota Jawatankuasa Ulama
Majlis.
Gelombang
ketiga pula berlaku dari tahun 70-an sehingga kini yang dipelopori oleh
golongan muda yang terdedah kepada pengajian di Saudi dan di Indonesia.
Gelombang yang berlaku ini seolah-olah sebagai menyambung pemikiran dan
pendekatan golongan kaum muda sebelumnya. Mereka mempertikai beberapa
amalan yang ada dalam masyarakat yang diambil daripada ulama'-ulama'
beraliran Mazhab Shafi'i. Satu gerakan yang berpusat di Kuala Pilah ada
membuat pengisytiharan yang dikeluarkan pada 22hb Julai 1966 dalam
memorandum pertubuhannya berbunyi:
Ahli
Sunnah tidak bertaqlid kepada sesuatu mazhab masyhur atau tidak
masyhur, tetapi ia boleh melakukan ittiba' atau mengikut sesuatu
pendapat Ulama setelah diketahui keterangannya dengan jelas daripada
Qur'an dan Hadith sahih. Bahawa ahli Sunnah tidak bersandar kepada
sebarang mazhab yang ada dalam negeri ini melainkan kembali kepada Allah
dan Rasul-Nya, jadi salahlah orang yang memperkatakan isu Mazhab
Shafi'i itu benar atau semua isi Mazhab Hanafi itu benar dan
lain-lainnya (Ibid).
Sebenarnya
kita mesti akui bahawa tiap-tiap Mazhab itu ada salahnya dan imam-imam
itu manusia seeprti kita yang juga berbuat kesalahan dengan sengaja atau
tidak sengaja dan bukan seperti Nabi-Nabi yang ma'sum daripada
kesalahan yang disengaja dan yang tidak disengaja dalam urusan
hukum-hukum agama yang 'ubudiyyah dan keduniaan.
Kenyataan
di atas menunjukkan bahawa golongan ini tidak mengikat diri dengan
mana-mana mazhab yang muktabar yang diiktiraf di dunia Islam dan mazhab
Shafi'i di negara ini. Mereka beranggapan mereka mempunyai kelayakan
yang cukup untuk berijtihad mutlak, seperti imam-imam yang muktabar,
kerana ulama' itu adalah manuisa dan mereka juga manusia tidak ada
bezanya (Zamihan al-Ghari, 2007, Ahl Sunnah wa al-Jamaah, Hlm. 26).
Sedangkan
bagi orang-orang yang mengkaji ilmu mengetahui bahawa ulama'-ulama'
besar yang muktabar itu yang mengamal ijtihad adalah lengkap dari sudut
ilmu asas syariah dan ilmu alatnya. Dibandingkan kita di masa kini,
walaupun manusia, ilmu asas syariahnya amat terbatas dan begitu juga
ilmu alatnya seperti bahasa Arab, jadi bagaimana ingin menjadi mujtahid
mutlak?
Berijtihad
tanpa asas ilmu yang lengkap dari sudut ilmu utama syariah dan ilmu
pelengkap dalam Bahasa Arab serta tidak terikat dengan kaedah Usul
al-Fiqh boleh membawa kepada penyelewengan dan kesesatan dari kebenaran.
Hal ini dapat dilihat bibit-bibitnya pada masa kebelakangan ini dengan
kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah
epistemologi Islam dan kaedah usulnya dalam memahami Qur'an dan Sunnah
yang akhirnya membawa kepada kecelaruan tafsiran terhadap sumber-sumber
dan ajaran-ajaran Islam (Abd. Rahman Ammash, 2007, Khabrah Ulama, Hlm.
32).
ISU-ISU PERDEBATAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA
Kebanyakan isu-isu ini terjadi sekitar perbahasan Khilafiyyah kebanyakannya. Antara contoh-contoh yang dapat diketengahkan:
Talqin : Haji Wan Musa dan anaknya Haji Nik Adullah tidak sependapat dengan para ulama di zamannya yang mengatakan talqin itu sunat. Bagi beliau dan ulama-ulama kaum Muda yang lain, tidak ada nas yang memerintahkan supaya dibaca talqin kepada jenazah di tanah perkuburan. Hal ini bertentangan dengan ulama-ulama yang lain di masa itu. Untuk memuaskan hatinya, beliau sendiri menulis surat kepada Sayid Muhammad Rashid Redha meminta pandangannya mengenai hukum talqin.
Pada jawapannya, Rashid Redha menulis :
ما ذكره البرماوى ليس بسنة ولم يرد فيه حديث يثبت السنية ولا الأصحاب بل لم يرد في التلقين حديث صحيح ولا حسن وإنما ورد فيه حديث واحد ضعيف لم يخرجه أصحاب الصحاح ولا السنن
yang bermaksud : Keterangan-keterangan yang disebut oleh al-Barmawi itu tidaklah kerana tidak ada satu hadith pun mensabitkan talqin itu sunat atau tidak oleh para sahabat, bahkan tidak ada satu hadith sahih atau hassan mengenai talqin. Hanya satu hadith yang dhaif (yang ada di dalam masalah talkin. Itupun - penulis) tidak dikeluarkan oleh pengumpul-pengumpul hadith sahih dan sunan.
Sekiranya ditinjau pada pandangan golongan salaf, talqin dikatakan makruh kerana tidak mendatangkan sebarang faedah berdasarkan fiman Allah swt yg bermaksud : Katakanlah: "Apakah Aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan." (Surah al-An'am, ayat 64) Manakala sebahagian ahli ilmu dan Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa talqin diharuskan berdasarkan hadis daripada al-Tabrani yang meriwayatkan dari Abi Amamah bahawa dia menyuruh supaya ditalkinkan mayat.
Talfiq mazhab di mana Haji Wan Musa telah mengemukakan pendapatnya kepada Yang Mulia Tengku Ibahim (yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan : 1944-1960) bahawa umat Islam boleh memelihara dan memegang anjing tanpa disamak bekas air mulutnya kiranya perlu bagi menjaga keselematan rumahtangga. Pandangan beliau ini yang didorong oleh anaknya Nik Abdullah mencetuskan polemik hebat mengenai isu jilatan anjing pada masa itu. Pada tahun 1937, satu perbahasan terbuka telah diadakan oleh Raja Kelantan di Istana Seri Cemerlang. Haji Wan Musa, Haji Abbas Taha dan Dr. Buhanuddin al-Hilmi. Pihak Haji Wan Musa menafsirkan ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud : Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Bagi mereka, Allah tidak memberati manusia dengan sesuatu yang berada di luar kemampuannya. Maka untuk menjaga binatang peliharaan seperti anjing ini daripada tersentuh dan sebagainya adalah sesuatu yang sukar. Oleh yang demikian, mereka mengeluarkan pandangan yang kontroversi itu. Perdebatan yang berlangsung itu berakhir dengan masing-masing kekal dengan hujah. Sultan Kelantan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sendiri menurut pemerhatian mereka. Sekalipun Kaum Muda memberikan hujah yang agak mantap dengan bantuan ulama-ulama dari luar Kelantan, teori yang mereka utarakan sebenarnya tidak mendapat sambutan dari masyarakt. Ini boleh dilihat sehingga ke hari ini boleh dikatakan tidak ada di kalangan umat Islam di Kelantan yang memelihara anjing sebagaimana keharusannya yang didakwa oleh Kaum Muda.
Bina Masjid dari Zakat Fitrah : Haji Wan Musa tidak sependapat dengan keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan yang hendak membina Masjid Muhammadi Kota Bharu dari wang kutipan zakat fitrah. Beliau menentang keputusan Jemaah Ulama' Majlis kerana beliau berpendapat bahawa zakat fitrah adalah hak kepada oang-orang miskin. Beliau berdasarkan ayat 60 dari surah al-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha mengetahui
lagi Maha Bijaksana. Haji Wan Musa menyatakan bahawa berdasarkan ayat ini tidak terdapat nas yang jelas yang mengharuskan pembinaan masjid dengan menggunakan duit zakat. Bagaimanapun Kaum Tua menegaskan bahawa pembinaan masjid diharuskan dengan duit zakat fitrah berdasarkan keumuman frasa iaitu di jalan Allah.
Masalah usalli : Haji Wan Musa yang mewakili kaum muda berpendapat bahawa kalimah usalli ketika hendak mengerjakan solat adalah tidak sunat berdasarkan hadis Bukhari yang bermaksud : "Apabila kamu berdiri untuk sembahyang hendaklah kamu takbir.." (Abu Qaniah dan Abu Zahidah, 1953, Senjata Syariat, Hlm. 16).
Berasaskan pemikiran kaum muda maka amalan-amalan berikut hukumnya bida'ah mengikut penilaian mereka:
1. Menentukan bilangan minima jamaah sembahyang Jumaat seramai 40 orang.
2. Melakukan sembahyang Zuhur selepas sembahyang fardu Jumaat sebagai Ihtiyat.
3. Azan pertama pada hari Jumaat.
4. Ingatan muadhin dengan "Ya ma'shara al-Muslimin" sebelum khatib berkhutbah.
5. Melafazkan 'usolli' sebelum takbirat al-Ihram.
6. Mengucap perkataan 'Sayyidina' dalam selawat atas Nabi SAW.
7. Berdiri ketika membaca marhaban atau selawat.
8. Sembahyang sunat qabliyyah Jumaat.
9. Membaca talkin ke atas mayat sesudah selesai ditanam.
10. Tidur di dalam liang lahad oleh si alim sebelum mayat dikebumikan untuk mendapat berkat.
11. Kenduri dan tahlil kematian.
12. Menunggu di atas kubur kerana kematian.
13. Kenduri mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.
14. Membuat bubur ashura pada hari sepuluh bulan Muharram.
15. Sembahyang tarawih 20 rakaat.
16. Berdoa selepas sembahyang.
17. Menggunakan bedok menandakan masuk waktu solat dan memanggil umat Islam untuk bersolat.
18. Membaca qunut sembahyang subuh.
19. Mengadakan fidyah sembahyang dan puasa.
20. Sembahyang Tasbih.
Selain
itu terdapat juga beberapa amalan masyarakat yang diikuti mengikut
tafsiran imam Shafi'i atau Shafi'iyyah yang dianggapnya tidak tepat
dengan kehendak nas pada pandangan mereka. Kita tidak perlu terikat
dengan amalan-amalan tafsiran itu seperti berikut:
1. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan membatalkan wudhu'. Namun, bagi mereka tidak membatalkan wudhu.
2. Ma'mum membaca Fatihah dalam solat untuk sah solatnya sekalipun dia berimam. Bagi mereka tidak perlu membaca.
3. Membasuh siku harus dimulakan dari atas atau bawah. Bagi mereka membasuh siku mesti dimulai dari tangan.
4.
Membaca Fatihah dimulai dengan Bismillah, bagi mereka dimulai dengan
al-Hamdulillah. Membina masjid dari wang kutipan zakat. Mereka
berpendapat ini adalah bertentangan dengan nas.
6. Menjual harta wakaf di suatu tempat untuk dipindahkan tempat lain. Mereka berpandangan ini adalah bertentangan dengan nas.
7. Menyamak bekas jilatan anjing. Bagi mereka tidak wajib disamak.
Mereka
juga cuba berijtihad tentang masalah-masalah baru untuk menentukan
hukumnya. Antaranya ialah faedah simpanan bank dan koperasi tidak
dianggap riba.
4.0 TOKOH-TOKOH
4.1 KAUM TUA.
Nama
lengkap ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul
Lathif bin Abdullah al-Minankabawi. Beliau dilahirkan di Minangkabau,
Sumatera Barat dan wafat di Mekah pada tarikh yang tersebut di atas.
Mendapat pendidikan awal memasuki sekolah pemerintah Belanda di
Minangkabau selain menerima pendidikan agama daripada keluarga sendiri.
Setelah
berada di Mekah barulah beliau mendapat pendidikan agama yang mendalam
daripada ulama Mekah terutama Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini
Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan lain-lain.
Syeikh
Ahmad Khatib Minangkabau adalah seorang yang berpendirian keras dan
radikal, sungguhpun beliau menguasai banyak bidang ilmu, namun beliau
masih tetap berpegang (taklid) pada Mazhab Syafie dalam fikah dan
penganut Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut Mazhab Imam Abu Hasan
al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam akidah.
Sebagai
contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Yang
seorang berpihak kepada `Kaum Tua', beliau ialah Syeikh Hasan Ma'sum
(1301 H/1884 M-1355 H/1974 M) yang berasal dari Deli, Sumatera Utara.
Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda', beliau ialah Haji Abdul
Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka).
Syeikh
Ahmad Khatib Minangkabau berpihak kepada Syeikh Hasan Ma'sum (Kaum
Tua). Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau
menolak sumber asal pegangan Haji Abdul Karim Amrullah (Kaum Muda) yang
menurut beliau telah terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyah (661
H/1263 M - 728 H/1328 M), yang ditolak oleh golongan yang berpegang
dengan mazhab (Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 10 September 2008,
www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y
=2005&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm).
ABU BAKAR MUAR - BENTENG PERTAHANAN KAUM TUA
NAMA
lengkapnya ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad
bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau
dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun
1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk
menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan
pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.
GURU-GURUNYA:
Semua
ulama yang telah disebut dalam riwayat Syeikh Abdullah Fahim dan Abdul
Lathif Melaka, adalah juga guru kepada Abu Bakar. Ulama yang paling
rapat dengannya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga.
Kepada
ulama yang berasal dari Lingga, Riau itu beliau mendalami hadis
Bukhari. Sementara Ilmu Qiraat dipelajarinya dan menerima ijazah
daripada Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal
dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman
itu.
Abu
Bakar al-Muari adalah Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama
seminggu sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin
Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin
Othman bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu
Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah
Percadangan'
KARYA-KARYANYA:
Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung. Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.
Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung. Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.
Kandungannya
menyatakan tentang sunat sembahyang ba'diyah Jumaat dan qabliyahnya. Ia
membatalkan perkataan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Minankabawi, guru
Madrasah Al-Haji Taib Parit Jamil Muar yang mengatakan sembahyang
qabliyah itu bidaah. Dan menyatakan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid,
rumuz-rumuz ulama fikah, tarikh Imam ar-Rafi'ie, Imam an-Nawawi dan Ibnu
Hajar al-Haitami. Dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah, Muar (tanpa
tarikh). Dicetak dengan perbelanjaan ahli-ahli al-khair Johor, Muar,
Segamat, Kota Tinggi dan Kukup.
Salah
satu sebab penyusunan karya ini ialah pertanyaan Haji Utsman bin Haji
Muhammad Said, guru agama Bandar Maharani, 14 Syaaban 1346 Hijrah. Surat
dilampirkan pada halaman awal dan setelah pada halaman akhir
dilampirkan surat Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, tarikh, Bandar
Maharani, 18 Zulhijjah 1346 Hijrah yang menyambut baik kitab ini.
Judul
selanjutnya ialah Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir
Al-Minankabawi. Diselesaikan 10 Rabiulawal 1351 Hijrah/1932 Masihi dalam
Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah,
Muar, 1351 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya merupakan polemik dengan
Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi, sebagai tanggapan atas karya
yang berjudul Huraian Yang Membakar.
Di
dalam Taman Persuraian Haji Bakar, yang dipersoalkan ialah mengenai
sembahyang qabliyah Jumaat. Ia merupakan kelanjutan judul Taman
Persuraian. Polemik dengan Hasan Bandung pula, Abu Bakar Muar menyusun
risalah berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Diselesaikan 20 April 1932
Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menjawab dan
membatalkan fatwa pengarang Al-Fatwa Persatuan Islam Bandung yang
mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh, dan mulut anjing
pun belum tentu najisnya. Salah satu sebab disusun karangan ini atas
permintaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar yang ditandatangani oleh
ketuanya, Abdus Syukur bin Ismail bertarikh 2 April 1932. Surat tersebut
dicetak pada halaman 1-2.
Mengenai
sanggahan pendapat Sayid Rasyid Ridha selain dalam bahasa Arab,
terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu yang diberi judul Sanggamara
Dalam Perkara Menolak dan Membatalkan Perkataan Sayid Muhammad Rasyid
Ridha Yang Berkata Dengan Niat Ushalli Itu Bid'ah. Sama ada yang dalam
bahasa Arab atau pun yang dalam bahasa Melayu hingga kini belum ditemui.
Cogan
Perikatan. Diselesaikan pada 3 Zulkaedah 1346 Hijrah/1928 Masihi, dalam
Muar, Bandar Maharani, Johor. Cetakan yang pertama Mathba'ah
al-Khairiyah, Muar, 15 Syawal 1346 Hijrah/1928 Masihi. Kandungan risalah
ini juga merupakan polemik kerana mempertahankan pendapat golongan
Mazhab Syafie daripada serangan Kaum Muda yang menolak mengucapkan lafaz
`Ushalli' (Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 10 September 2008,
ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/abu-bakar-muar-benteng-pertahanan-kaum.html).
SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD
Nama
lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah
bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin
Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya
kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah
binti Nabi Muhammad s.a.w. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di
Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M
(Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 538).
Saiyid
Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor
dari tahun 1934 – 1961. Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji
Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 - 1977. Sesudahnya ialah Datuk
Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini hendaklah
diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan 'al-Haddad'.
Jadi bererti ada dua orang keturunan 'al-Haddad' yang pernah menjadi
Mufti Kerajaan Johor.
Guru-gurunya
di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib
Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad.
Banyak bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya
sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.. Sungguhpun demikian yang
lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang dibangsakan
kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab
as-Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami' ash-Shaghir.
Sehubungan dengan hadis Saiyid Alwi al-Haddad juga mempelajari
kitab-kitab mengenai sanad hadis di antara kitab-kitab itu ialah
ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-'Aliyah karya Syeikh al-Allamah
al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian
juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh
al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy
al-Madani. Saiyid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan
ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung.
Saiyid
Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas
mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak
persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah
bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain
menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati
yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung (Nik
Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 538).
Bukan
Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad
Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu
Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A.
Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan
judul, "Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan
Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis
disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya." Sebenarnya apabila
kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun
1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan 'Kaum Tua' menolak
pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya
ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan
Bandung di Johor (www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=67)
SHEIKH FADHLULLAH AS-SUHAIMI : ULAMA PENGASAS PAS
Nama
Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan
masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekad 40-an hingga 60-an.
Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin
gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.
Sheikh
Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali
Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul
sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di
Singapura dalam sebuah keluarga ulamak yang berketurunan Ba'lawi Bani
Basyaiban yang berasal dari Hadhralmaut.
Selepas
mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad
bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami
ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi
sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Selepas kembali ke
Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah
'Jasa' di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kulliyyah al-Attas di
Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931.
Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan
fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun.
Walaupun
terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bahru, Jawa,
Kelantan dan Pahang; nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum
Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang
mendukung fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan
Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal
sebagai
Hassan Bandung yang dikatakan mendukung pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn
Qayyim. Melalui majalah 'Pembela Islam' dan kitab Soal Jawab, Hassan
Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap
bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan
'Buah Kulliyyah al-Attas' untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.
Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung
untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam". Persoalan
pegangan Ahli Sunnah, amalan bid'ah dan fahaman Kaum Muda kemudian
dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat
diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah
dikatakan pernah berdebat dengan Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau
Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti Sheikh
Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Maghribi dan Sheikh Ibrahim Aqibi
bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.
Selain
itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam
pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum
Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang
diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan
sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus
kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman
kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana
ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu
(Taufeeq, 10 September 2008, http://paspahang.org).
KAUM MUDA
SYED SYEIKH AL-HADI
Beliau
adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan
penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama
Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan agama di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada
tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan
falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem
pengajian madrasah di Tanah Melayu.
Pengasas
Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir
Jalaluddin. Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan
falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang
lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan
keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu juga
memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh
pejajah British. Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar yang
alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa.
Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan sistem
pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada
tahun 1907 di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan untuk
mengembangkan Islam, menyalurkan pemikiran menentang khurafat,
membangunkan kembali sikap kritis umat Islam terhadap perubahan sekitar,
khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimanapaun, madrasah Al-Iqbal
kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke
Pulau Penyengat, Riau Lingga. Pada tahun 1916 Syed Syeikh Al-hadi
kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada
tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan agama dan
akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab di madrasah itu.
Madrasah Al-Hadi telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya
termasuklah masalah kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan
dan fenomena pemikiran masyarakat sekitar yang masih kolot. Ekoran
daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi menyebabkan Syed Syeikh
Al-Hadi menutup madrasah itu pada tahun 1918. Satu lagi sebab penutupan
madrasah itu ialah pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka.
Selain itu, golongan anti Kaum Muda di Melaka turut memulau syarahan
Syed Syeikh Al-Hadi. Pada tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang.
Pertentangan di antara Kaum Muda dan Kaum Tua telah mencetuskan
pergaduhan.
Kaum
Muda yang menerima pengaruh dari Indonesia itu menentang Kaum Tua yang
mengikut satu mazhab saja manakala Kaum Muda menyeru supaya ijtihad
dikembalikan untuk mencari sumber Islam. Di Pulau Pinang Syed Syeikh
Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu pada
tahun 1919. Antara pelajar lepasan madraah itu termauklah Dr.
Burhanuddin Al-Helmi yang kemudian muncul sebagai tokoh agama dan
perjuang kemerdekaan tanahair. Seorang lagi bekas pelajar madrah itu
ialah Haji Abu Bakar Al-Shaari. Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya
menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.
Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Syeikh Al-hadi ialah
Jelutung press. Melalui syarikat itu, beliau telah menerbiktan majalah
bulanan Al-Ikhwan dan akhbar dwi-mingguan, iaitu Saudara. Satu
keistimewaan Syed Syeikh Al-Hadi yang hampir sama dengan Hamka ialah
beliau juga membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan
menghasilkan novel saduran yang laris pada zamannya. Salah satu daripada
novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum.
Pengaruh
gerakan reformasi yang dipelopori oleh Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya
berkembang ke beberapa buah negeri, termasuklah Perak. Seorang anak
didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan
madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut
menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934.
Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu
meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya
melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah
yang dipeloporinya berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan
sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh Al-Hadi
meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang (http://
sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=120&ttl_id=4)
USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR
Abu
Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol.
Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh
gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi. Sehingga
kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Ustaz
Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung
Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di
Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz
Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala
Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.
Seorang Aktivis Dakwah dan Politik
Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan
politik Melayu seperti:
· Persatuan Melayu Pulau Pinang
· Persatuan Melayu Perak
· Persatuan Sunligh Taiping
· Kelab Saadat Kuala Kangsar
· Kesatuan Melayu Muda (KMM)
· Angkatan Pemuda Insaf (API)
· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)
Penglibtannya
dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar
Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan
pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober
1945 di lpoh, Perak Usaha Pembaharuan Pada akhir tahun 1920an, Ustaz
Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal
Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa
itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan
bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.
Pada
peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan
pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta
pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan
Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan
pembaharuan.
Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama
Majlis
Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari
selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung
Semanggol. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah
dilantik sebagai penasihat kanan. MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk
membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang
ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu. MATA adalah satu
tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak
negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini kerana MATA bertujuan
menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama. MATA juga secara
langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di
setiap negeri.
Meluaskan Pembaharuan
Kelahiran
Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah
di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda
yang dipopularkan pada awal abad itu telah banyak mempengaruhi
pelajarpelajar madrasah. Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk
mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang
menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk
tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala
Kangsar. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul
kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika
terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat
condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat
diraja (Saari Sungib, 10 September 2008, http://buletinonline.net).
5.0 SUMBER-SUMBER ATAU MEDIUM DAKWAH.
KAUM TUA
'Jasa' di Johor Bahru oleh Fathullah Suhaimi
Kitab aqidah oleh syeikh Tohir al-Hadad
Kitab sinar matahari penyuluh kesalahn abu bakar al-Asy'ari oleh Abu Qanaah dan Abu Zahidah
(Nik Yusri Musa, 2005, Prosiding Nadwah Ulama 3, Hlm. 536)
KAUM MUDA
Majalah Ikhwan oleh Syeikh Syed Hadi
Majalah Saudara
Kitab Natijah al-Umur oleh syeikh Tahir jalaluddin
Pembela Islam dan al-Lisan oleh Hasan Bandung
majalah al-Imam oleh syeikh tahir jalaluddin
(rujuk hasil penelitian tulisan-tulisan kaum muda dan kaum tua).
KESAN
1) Timbul perpecahan umat
2) kekeliruan masyarakat awam dalam memahami agama
3) serangan akademik
4) siasah
(kesimpulan hasil melihat konflik antara kaum muda dan kaum tua melalui sorotan sejarah)
SYOR DALAM MENGATASI PERTIKAIAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA.
a) mengajak ummat kembali kepada kefahaman dan perlaksanaan system Islam yang syumul.
b) Menjajar umat akan adab-adab berselisih faham
c) Menjelaskan bahawa gejala tabdi'e dan takfir anjuran pelampau wahabi adalah menyalahi semangat ajaran Islam yang suci
d) Menolah golongan wahabi (bukan salafi) yang menjaja agama atas kepentingan kufar barat dan syaitan.
e) Menjelaskan akan bidaah yang sebenarnya iaitu menolak system Islam dan mengekalkan system kufar penjajah
f)
Mengajak umat kembali kepada perpaduan dan mengemblengkan tenaga
menolak kepimpinan secular dan menggantikan dengan system politik Islam
(system Khilafah)
g) Ulama dan umara Muslimin bersatu memimpin umat ke jalan kebahagiaan berdasrkan ajaran Islam
h) Lain-lain kaedah yang boleh di putuskan dari masa ke semasa oleh para ulama dan intelek Islam.
6.0 KESIMPULAN
Perjalanan
kaum tua dan muda ini jelas wujud di tanah melayu dengan
peristiwa-peristiwa kontroversi yang timbul dari dua puak ini. Dapat
juga dikenal pasti poloimik mereka terbahagi kepada tiga period
sepanjang sejarah mereka.
Perkara-perkara
yang menjadi titik perbezaan seputar khilafiyah seperti amalan-amalan
warisan melayu yang telah lama di amalkan oleh masyarakat melayu seperti
tahlil, qunut, bacaan yasin malam jumaat dan banyak lagi.
Muncul
juga tokoh-tokoh ternama yang mewakili dua puak seperti Syed Tahir
al-Haddad, Abu Bakar Muari dari kaum tua. Manakala dari kaum muda
seperti Syeikh Tahir JalaluddinTOK KENALI DAN BARISAN ULAMAK KAUM TUA,,ALLAHUMMAFIRLAHUM ,,AMINNN
3 comments:
Nice article,,,well done that was wonderful
Penulisan yang baik! :-)
baik apanya penulisan ni , tak lengkap . mana cabarannya ?
Post a Comment