Mengumpatlah bila....
Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam Al-Ghazali
menyatakan 6 keuzuran (situasi) yang
mengharuskan mengumpat:
1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang
berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran surah
An-Nisa ayat 148 yang bermaksud:
“ Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang
diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh
orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.
2. Meminta pertolongan untuk mengubah
kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan
kemungkaran tersebut.
3. Meminta fatwa akan sesuatu hal seperti isteri
menceritakan perbuatan jahat suami atau
sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan
kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang
kedekut.
4. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan
seseorang seperti mendedahkan kejahatan
seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks
situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang
ingin dieserahkan amanah kepadanya. Demikian
juga seseorang yang ditanya tentang perempuan
atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus
mendedahkan keburukannya sekiranya ada.
5. Bila seseorang itu telah dikenal dengan nama
julukan seperti si pendek dan sebagainya atau
memperkenalkan seseorang yang memang
terkenal dengan gelaran tertentu. Jika tujuannya
menghina, maka haram hukumnya.
6. Seseorang yang melakukan kefasiqan secara
terang-terangan seperti lelaki atau perempuan
yang mengubah jantinya, peminum arak,
penzina dan sebagainya. Ketika menceritakan
keburukan tersebut, kita tidak boleh menambah-
nambah dan sepanjang niat kita dalam melakukan
hal itu hanya untuk kebaikan.
No comments:
Post a Comment