Kesultanan Perak, Tun Saban & Megat Terawih...
Negeri
Perak merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Semenanjung Tanah
Melayu.Sesungguhnya asal-usul negeri Perak dan siapakah atau kerajaan
manakah yang memerintahnya semasa dahulu kala tidak lah dapat
dipastikan,tetapi Kitab Sejarah Melayu ada menyebut perihal ujudnya
sebuah kerajaan besar dan gemilang bernama GANGGA NEGARA yang terletak
di jajahan Dinding, Bruas dan Manjung.
Ada yang mengatakan sejarah
Perak ini ada kaitannya dengan Kerajaan Bukit Si Guntang, tempat asalnya
raja-raja Melayu.Keturunan Kesultanan Melaka adalah dari Bukit Si
Guntang Mahameru di Palembang, Sumatera. Sultan Perak yang pertama
Sultan Muzaffar Shah adalah anakanda Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka
yang terakhir.
Menurut sejarah, di zaman keagungan Kerajaan
Melayu Melaka sebelum ujudnya nama negeri Perak, Perak terbahagi kepada
tiga daerah, iaitu Bruas, Manjung dan Hulu Perak (Janin).
Bruas dan
Manjung berada dibawah takluk Melaka, manakala Hulu Perak dari Semat
hingga ke Janin diperintah oleh seorang pembesar yang bernama Tun Saban
yang bergelar Seri Mahkota Seri Maharaja @ Raja Tua Kerajaan Hulu
Perak. Penghulu Manjung ketika itu ialah To' Mahsuka, seorang perempuan
yang berasal dari Sumatera.Menurut catatan sejarah, orang yang mula-mula
membuka Hulu Perak adalah Tun Saban.
Tun Saban @ Raden Sapiro
adalah seorang pembesar yang berilmu,berpengetahuan tinggi dalam bidang
agama dan tasawuf.Beliau telah berkahwin dengan Suri Maharaja Ibni Raden
Sumbaden.
Memandangkan empayar Melayu Melaka telah musnah dengan
kedatangan Portugis dan demi menyelamatkan Zuriat Bukit Se Guntang,
maka Tun Saban, To'Mahsuka dan Nakhoda Kassim telah mencapai kata
sepakat untuk menghantar satu rombongan ke Kampar, Sumatera,mengadap
Sultan Mahmud Shah.
Baginda Sultan telah memperkenankan Raja Muzaffar
Shah, putera baginda dengan Puteri Onang Kening berangkat ke Perak
bersama rombongan.
Setelah menerima titah dari Paduka
Ayahandanya, maka Raja Muzaffar Shah dan isterinya Tun Terang binti Tun
Ali serta putera mereka Raja Mansur dan para pengiring berlayarlah ke
Perak dengan membawa bersama beberapa Alat Kebesaran antaranya ialah
Pedang Cura (Churik) Si- Manja Kini yang dikurniakan oleh Ayahanda
baginda, Sultan Mahmud Shah.
Selang tidak berapa lama kemudian
tibalah rombongan ini di Kuala Sungai Perak. Bahtera baginda telah
tersangkut pada Beting yang merupai Beras Basah. Walau pun berbagai
usaha dilakukan namun bahtera ini tidak dapat di gerak-kan.Raja Muzaffar
pun bersawab-sawab dengan titahnya;
"Selengkong Tanah Minangkabau,
Selilit Pulau Perca,
Dilengkong Ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka,
Jika Sah Beta Raja Berdaulat,
Lepaskan Sekelian malapetaka.
Sejarah Melayu ada
menyebut perihal ujudnya sebuah kerajaan besar dan gemilang bernama
GANGGA NEGARA yang terletak di jajahan Dinding, Bruas dan Manjung.
Ada yang mengatakan
sejarah Perak ini ada kaitannya dengan Kerajaan Bukit Si Guntang, tempat
asalnya raja-raja Melayu.Keturunan Kesultanan Melaka adalah dari Bukit
Si Guntang Mahameru di Palembang, Sumatera. Sultan Perak yang pertama
Sultan Muzaffar Shah adalah anakanda Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka
yang terakhir.
Menurut sejarah, di zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka sebelum
ujudnya nama negeri Perak, Perak terbahagi kepada tiga daerah, iaitu
Bruas, Manjung dan Hulu Perak (Janin).
Bruas dan Manjung berada dibawah takluk Melaka, manakala Hulu Perak dari
Semat hingga ke Janin diperintah oleh seorang pembesar yang bernama Tun
Saban yang bergelar Seri Mahkota Seri Maharaja @ Raja Tua Kerajaan Hulu
Perak. Penghulu Manjung ketika itu ialah To' Mahsuka, seorang perempuan
yang berasal dari Sumatera.Menurut catatan sejarah, orang yang
mula-mula membuka Hulu Perak adalah Tun Saban.
Tun Saban @ Raden Sapiro adalah seorang pembesar yang
berilmu,berpengetahuan tinggi dalam bidang agama dan tasawuf.Beliau
telah berkahwin dengan Suri Maharaja Ibni Raden Sumbaden.
Memandangkan empayar Melayu Melaka telah musnah dengan kedatangan
Portugis dan demi menyelamatkan Zuriat Bukit Se Guntang, maka Tun Saban,
To'Mahsuka dan Nakhoda Kassim telah mencapai kata sepakat untuk
menghantar satu rombongan ke Kampar, Sumatera,mengadap Sultan Mahmud
Shah.
Baginda Sultan telah
memperkenankan Raja Muzaffar Shah, putera baginda dengan Puteri Onang
Kening berangkat ke Perak bersama rombongan.
Setelah menerima titah dari Paduka Ayahandanya, maka Raja Muzaffar Shah
dan isterinya Tun Terang binti Tun Ali serta putera mereka Raja Mansur
dan para pengiring berlayarlah ke Perak dengan membawa bersama beberapa
Alat Kebesaran antaranya ialah Pedang Cura (Churik) Si- Manja Kini yang
dikurniakan oleh Ayahanda baginda, Sultan Mahmud Shah.
Selang tidak berapa lama kemudian tibalah rombongan ini di Kuala Sungai
Perak. Bahtera baginda telah tersangkut pada Beting yang merupai Beras
Basah. Walau pun berbagai usaha dilakukan namun bahtera ini tidak dapat
di gerak-kan.Raja Muzaffar pun bersawab-sawab dengan titahnya;
"Selengkong Tanah Minangkabau,
Selilit Pulau Perca,
Dilengkong Ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka,
Jika Sah Beta Raja Berdaulat,
Lepaskan Sekelian malapetaka."Lantas
di sahut oleh Tun Saban dan sekelian hamba rakyat yang ada dengan
teriakan "Daulat Tuanku" sebanyak 3 kali. Dengan Izin Allah SWT bahtera
baginda pun bergerak masuk ke muara dan bermudik mengikut Batang Hari
Sungai Perak.
Semasa Almarhum Raja Mudzaffar Shah ditabalkan oleh Tun Saban sebagai
Sultan Perak yang pertama, di satu tempat yang bernama Tanah Abang pada
tahun 1528, Tun Perabu atau dikenali sebagai Tok Puan Puteh @ Tok
Temong@ Raden Muloga, telah datang ke Istiadat Pertabalan tersebut
dengan diiiringi oleh 77 ekor gajah dari Hulu Perak dan mempersembahkan
Mestika Embun kepada Sultan.
Sebagai balasan Raja Mudzaffar Shah telah mengurniakan kepada beliau
dengan Puan Bujur, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau memohon agar
Baginda Sultan memperkenankan beliau untuk terus memerintah di sebelah
kiri mudik Sungai Perak dan meminta agar Sultan dan semua Sultan-sultan
yang mewarisi takhta Kesultanan Perak menghadkan kawasannya di tebing
sebelah kanan mudik Sungai Perak. Sultan Mudzaffar Shah telah berkenan
dengan permintaan ini.
(Walau bagaimanapun adat tradisi ini telah dihentikan semenjak
pemerintahan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah I, Sultan yang ke
28, apabila Baginda membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai
Perak.)
Raja Muzaffar memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak ( dari
Beting Beras Basah hingga ke Pulau Tiga), manakala Tun Saban dan To'
Temong memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak.Raja Muzaffar telah
menerima Tun Saban sebagai "saudara tua" nya.
Raja Muzaffar diwaktu pemerintahannya telah berkahwin dengan anakanda
Tun Saban, Tun Merah @ Tun Merak.. Baginda dan Tun Saban juga telah
melantik beberapa orang anakanda Tun Saban menjadi pembesar negeri iaitu
Tun Undan sebagai Temenggong, Tun Kelalang menjaga Hulu Perak, Tun
Belunak menjaga Bukit Gantang dan Trong, Tun Kelawang menjaga Hulu Kinta
dan Megat Terawih iaitu anakanda saudara Tun Saban menjadi Bendahara.
Setelah semuanya selesai, Tun Saban berhijrah ke Hulu Perak, mengasingkan diri dan mendalami ilmu agama, bertasawuf .
Megat Terawih , Bendahara Perak telah berkahwin dengan sepupunya,Tun
Bongsu Bangsawan @ Tun Zaleha anakanda kepada Tun Saban dan dari leluhur
inilah berkembangnya keturunan Megat di Perak.Kedatangan Megat dari
Acheh ke Perak dan berkahwin dengan ahli keluarga Megat asal di Perak
telah mengembangkan keluarga Megat ini hingga sekarang.
Di Negeri Perak di fahamkan bahawa, Tun (lelaki) yang berkahwin dengan
mana-mana gadis maka anaknya(lelaki/perempuan) juga bergelar Tun. Tun
(perempuan) yang berkahwin dengan lelaki kebanyak maka anaknya yang
lelaki bergelar Megat dan anak gadisnya, Puteri. Megat yang berkahwin
dengan mana-mana gadis maka anak lelakinya Megat dan anak gadisnya,
Puteri. Puteri yang berkahwin dengan lelaki kebanyak maka anaknya
(lelaki/perempuan)bernama Tun.(po-Tun)
Megat Terawih atau Megat Terawis di Perak adalah orang yang sama.
Bondanya bernama Tun Seri Kandis atau Raden Seri Kandis atau Daulat
Pagar Ruyong. Ayahandanya adalah Haji Deraman @ Hj.Rahman @ Wali Gunung
Pondok (berketurunan Arab). Nama 'MEGAT' yang diperolehinya adalah hasil
perkahwinan Tun Seri Kandis (kerabat Maharaja Bukit Seguntang) dengan
Hj. Deraman (orang kebanyak). Megat Terawih bersama ayahandanya, Hj.
Deraman telah datang ke Perak untuk mencari ayah saudaranya, Tun Saban
yang membawa diri dari Palembang ke Hulu Perak.Mereka di pertemukan
Allah di Negeri Perak.
Kubur Tun Saban yang dikatakan di Changkat Merah bukanlah kuburnya yang
sebenar.Itu adalah kubur anak kepada Tun Saban. Kubur Megat Terawih yang
dikatakan di Perak Tengah itu juga sebenarnya adalah Kubur Megat
Terawih 2 iaitu cucu kepada Megat Terawih yang asal.
Megat Terawih bersama
isterinya Tun Bongsu Bangsawan @ Tun Zaleha telah bersama Tun Saban ke
Gunung Bubu, Kuala Kangsar untuk berkhalwat , mendalami ilmu agama dan
tiada lagi ceritanya selepas itu. Mengikut setengah pendapat, ada yang
mengatakan bahawa ketiga-tiga mereka telah ghaib, ada juga yang
menyatakan mereka bertiga berhijrah ke Makkah. Ayahnya, Hj. Deraman
telah berkhalwat di Gunung Pondok dan di kenali sebagai Wali Gunung
Pondok. Hanya Allah jua yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment