Saturday, August 28, 2010

Zakat Fitrah Bolehkah Dengan Wang

Tersebut dalam Kitab Bqayatul Tholab Karangan Syeikh Daud Al Fathoni:Dan WAjib Keadaan Fitrah Itu Daripada jenis QUT (makanan yang mengenyangkan yang Gholib pada tempat itu maka tiada memada makanan yang tidak gholib pada tempat tersebut jikalau ada gholib dimakan pada orang yang memberi fitrah sekalipun.Demikian juga sebagaimana yang tertera didalam kitab sabilal Muhtadi karangan Syeikh Muhammad Irsyad Al-Banjari:Bermula fitrah yang wajib atas tiap-tiap seorang itu segntang Qut yang wajib zakatnya yang gholib pada tempat yang difitrah ia tidak memada ia daripada qut yang tiada gholib dan qut negeri orang yang mengeluar.Jadi dari mana juga kita kiaskan wang sebagaimana yang telah membudaya dalam masyarakat kita kini sedangkan kalau kebiasaan anda makan beras namun anda diArab wajib anda mengeluarkan qurma lantaran qut mudaqaran qalibnya adalah qurma.Apakah qut itu terbenar wang ,terlalu jauh wajah syabahnya.Adakah alasan musayqah-apakah zaman nabi tidak ada wang..untuk diqiaskan semuanya yang berlaku kini sudah banyak kesilapannya kita dalam memperlaksanakan ibadah zakat ini,sememang nya ia tidak menepati takrif zakat fitrah.Apakah memada puasa kalau tidak sampai terbenam matahari.Kurangnya satu perkara dalam takrif bermakna ia bukan dari perkara itu.Maka kepada amil-amil bawalah beras akadlah jual beli kemudian terima lah zakat fitrah kerana alasan musaqah.Janganlah kita memudah namun perkara demikian tidak menjadi ibadah bahkan menambahkan kemurkaan allah lantaran sikap mengambil jalan mudah itu.Saya sekadar mendatangkan ibarat kitab kalau didalam tuhfah dan nihayah ,,,demikian juga takrifnya ini yang diberlakukan dalam ijmak mazhab Syafiee.Mana mungkin kita beramal dengan mazhab yang lain kalau permasalahan talfiknya kita tidak fahami secara teliti.Bagaimana kita akan mendapat syufaat ulamak kalau kita mempermain hukumnya mana yang mudah sahaja.moga kita akan mendapat syufaat ulamat yang kita anuti minnn..Wallahuaklam

No comments: