
Permasalahan tauhid dikalangan generasi muslim kini semakin hilang jatidiri tauhid yang menepati keyakinan yang digariskan oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Apa yang pasti sikap kita sendiri dalam mendalami ilmu tauhid tidak mungkin kita dapat mencapai kedudukan para salaf dan sahabat yang menerima pancaran cahaya tauhid dan makrifat dari dada Rasulullah.
Apakah mungkin kita kembali mengambil keyakinan salaf sedangkan ulamak- ulamak yang muktabar telah mengambil kesimpulan diawal pengolahan mereka dalam menyusun kaedah yang lebih mudah didalam memahaminya melalui kaedah sifat 20 selepas melalui penyaringan yang panjang dalam maslahah memelihara ketauhidan umat akhir zaman?
Insyaallah jika kita memahaminya dengan mengambil keberkatan dari dada ulamak yang muktabar yang telah diijmakkan, maka itulah yang terlebih aslim. Misalnya taarif ujud yang muktamad adalah khoiru maujud yang disepaki oleh ulamak tauhid. Walaupun pendapat Abu Hassan As-Syaari sendiri yang menetapkan taarif ujud itu zat maujud namun pendapat nya ini telah dijadikan qaul yang lemah kerana masih ada kencenderungan meletakkan akal dalam memahami tuhan yakni masih cenderung kepada fahaman muktazilah. Mana mungkin kita memilih qaul yang lemah dan mengenepi sesuatu yang telah diijmakkan. Tetapi kalau kita masih mahu mengambil iktqad salaf bisa aja asalkan fahamilah ilmu maani ,bayan,mantik dan al quran di dalam dada. Hadis Bukhari Muslim bukan sekadar hafal matan dan perawi bahkan turuk hadis mesti tahu sebagaimana yang dibaca oleh imam syafie pada gurunya Imam Malik. Sedangkan imam Al-ghazali ,imam Sayuti, telah menyusun kaedah sifat 20 sebagai jalan pendekatan terbaik dalam menghadapi tentangan zaman yang mendatang, kerana didalam menyakini keujudan tuhan sudah pasti tiada seorangpun yang menafikan adanya, tetapi cara ia mengenal dengan faham dan ilhamnya yang tidak didasari dasar syarak yang disepakatkan ulamak, apakah betul keyakinannya? Maaf cakaplah kerana ayah pin pun meratib laiilahhaillallah juga. Tetapi apa yang jelma padanya terus menyebabkan ia tersasar. Kita perlu ingat bagaimana Allah akan menguji kita dalam mencari dan mengenalnya bukan sekadar didunia bahkan diakhirat. Bila Allah bertanya : Siapa tuhan ka

mu?, maka mengakulah umat Islam Allah, lalu Allah bertanya : Kamu kenalkah Allah? Lalu dijawab tidak ada bandingan, lalu Allah meminta seoang malaikat merupakan dirinya yang cukup hebat dan tiada bandingan maka sujudlah insan yang tersalah makrifahnya, jadi alangkah rugi dalam kesempatan hidup yang Allah peruntukkan umur,kita mempergunakan masa yang begitu panjang dalam mendalami ilmu-ilmu yang sia-sia bahkan menjadi fitnah bila tersalah niatnya.Apa yang perlu kita fahami belajarlah dalam mengenal Allah sebagaimana kaedah yang telah disusuri oleh generasi yang sudah kita tahu siqah dan malakahnya.Setidaknya kita boleh mengandalkan hujah dihadapan Allah dengan keberkatan ulama yang amilin ini.Mengapa ilmu yang lain sampai phd kita dalami,namun soalan nya tidak keluar, tidak ditanyakan malaikat mungkar dan nangkir ketika kita masuk kealam kubur .Alangkah pandirnya kita mengenal sesuatu yang lain secara halusi tapi Allah yang menjadikan segala sesuatu dikenali secara ikdadi dan tajhizi bandinga orang lain semuanya dia kenali tapi bapa nya sendiri tidak di ketahuinya rupa,karaktor maka inilah dikatakan orang anak yang kurang ajar tak kenal mak bapa maka tak hairan kalau sekarang mak bapa pun sudah tak kenal anak kerana dia sendiri tak kenal tuhan. Sedang kita sudah berjanji dihadapan Allah untuk marifatnya dengan sesungguhnya.Ketika Allah tanyakan anak adam Alaistu birabbikum? Bala,Bala namun ilmu yang lain boleh dipelajari dengan sesungguhnya ilmu tauhid dipandang enteng,sedangkan rasullullah medakwahkan tauhid diMEKKAH SELAMA 13tahun apakah memada kita mendalami dengan keyakinan tampa tuntunan ilmu Syarak.Betapa kecewanya Allah bila insan anak adam tidak menepati janji ,balanya hanya dialam aruah,bila tiba diduniaia sudah melupakan awaluddin Marifatullah,ini bukan hadis hasan sahih(matan Baiquni pun tak mampu nak syarah), macam kaedah dicari agar ilmu ini hanya untuk dipermudahkan.Sedangkan inilah ilmu yang sesiapa menuntutnya berada dibawah naungan malaikat.Mengapa kita sebok dengan ilmu fardu kifayah. Terserah andalah memahamim ilmu apa yang dari mahdi ilal lahdi.ilmu puluskot? wahai anak adam marilah kita menulusuri sejarah allah menciptakan kita adalah supaya kita untuk mengenalnya, setelah Allah kita pasti dengan iktqad yang jazam pelajarilah segala ilmu yang berada dalam tujuh lapis langit dan bumi insyaallah kita dapat mentadbir dan memakmurkan dunia global tampa sempadan ini dengan harmoni.Wahai ibnu adam apa pun bangsa dan latar belakangmu Arab,Eropah,India,Cina,Melayu kamu tiada beza melainkan orang yang takwa ,orang yang takwa orang yang kenal tuhannya.Janganlah kamu dilalaikan oleh iblis yang sentiasa mecari jalan agar kamu tidak mengenalinya sang pencipta yang maha mengasihi kamu.Ingatlah iblis bukan sahaja menjauhkan kamu daripadanya tapi sebolehnya biar umat adam ini tersasar dalam mengenali hakikat ketuhanan.Maka biarkan mereka tersasar dalam segala peribadatan mereka, ini azam iblis, maka marilah kita sama-sama berlindung dari iblis yang mencari-cari ruang untuk melemah dan memadam cahaya ketuhanan dan iman di dalam dada kita dengan mendalami ilmu ini .Walaupun panjang masanya sedikit,walaupun susah sedikit ingatlah untuk mendapat permata iman bukannya seperti ilmu batu dijalan.Tidak ada jalan shortcut melainkan cari dan tuntut,manjadda wa jada.Tugas kamu adalah mencari dengan niat yang suci, kefahaman Allah yang beri............Kita pekena rokok daun dulu sebatang,ambil ketenangan di dunia disamping membantu sesama islam.Aku tak bantu Amarika ,Aku bantu tok wan aku yang dok koyak daun nipah,dan nenekku yang duk tanam tembakau di Payakumbuk..Kalau indak ada kepiang macanno nak bebini .Den dia orang banyak support.
....
2 comments:
tolong jelasmaksud tuhan,secara pengertian yang disepakati ulamak dan ikrab perkataan allah
lailah- tiada tuhan-yang ada cuma allah-yang terkaya ia dengan sifat istigna,dan segala sesuatu itu berhajat kepadanya sifat iptiqar(dua sifat ini rukun syahadah wajib id'an) maka perkataan allah itu dan namanya yang lain asma ul husna) misal bila kita sebut ya qahar maka sifat 20 ini mesti kita niatkan,namun ini adalah diatas jalan dilalah iltizam, semuanya terkandung dalam sifat 20 kerana( syarat syahadah) sembahyang pun ada syarat dan rukun syahadah.-kalau anda tahu ikrab nya maka agama lain tidak akan menggunakan perkataan allah-bagaimana seorang yahudi minta rasullallah jelaskan allah dengan tuhannya...lalu yahudi itu pun faham,,,,,khuususan lilmuslimin
Post a Comment